01 January 2011

Edisi Mencari Cinta

Orang kata, cinta tak akan datang kalau tidak dicari. Rasa cinta tidak akan hadir jika tidak memberi. Sejauh mana benarnya kata-kata itu, hanya kita yang tahu. Rasa cinta yang ada didala hati kita tiada seorang pun yang dapat merasanya.

Orang kata cinta itu buta…bagi aku cinta tidak buta, cinta bukanlah sesuatu yang salah, dan cinta bukanlah alat untuk dipersalahkan…kerana yang sebenarnya manusia itu sendiri bila sudah cinta, matanya buta, hatinya buta dan fikirannya juga buta kerana kuasa cinta itu mengatasi rasionalnya sehinggakan segala yang ada di sekelilingnya menjadi tidak bermakna apa-apa kecuali cintanya.
Tapi bukan semua yang bertuah seperti kita yang mampu menemui cinta dalam hidup. Walau pun hatinya penuh dengan rasa cinta tapi dia keseorangan tanpa ada seseorang yang dia boleh kongsikan rasa cinta itu. Maka disinilah bermulanya edisi mencari cinta... Namun jangan kita leka, dalam mencari cinta insani, jangan sesekali kita lupa bahawa cinta hakiki kita hanya pada pencipta. Andainya nanti di penghujung pencarian, kita masih belum bertemu dengan cinta insani, yakinlah bahawa cinta hakiki kita pada penciptalah yang akan kekal abadi. Dan jangan sesekali hilangkan rasa cinta abadi pada pencipta dalam kita berusaha mencari cinta insani.
Cukup di sini dulu untuk bicara tentang cinta kita. Jika kita rasa pertemuan cinta masih belum berhasil, bicara tentang cinta mungkin sudah mampu memanaskan jiwa untuk mencari cinta 

Marilah kita sama menanam azam, memasang impian... esok segalanya bermula untuk kita mencari cinta insani. Tapi pencarian itu harus kita bekalkan dengan kekukuhan cinta kita pada pencipta. Insya Allah, dengan izin-Nya jua kita pasti bertemu yang kita cari-cari selama  ini.

Salam kasih sayang dan penuh rasa cinta.

No comments:

Post a Comment