14 December 2011

10 'JANGAN' dalam perhubungan cinta


Bukan mudah untuk menjaga menjaga sesuatu perhubungan jika cinta tidak dibaja dan dipupuk betul-betul. Oleh itu, sentiasa elakkan diri dari melakukan sesuatu yang merenggangkan rasa cinta di hati masing-masing.

1. JANGAN membandingkan si dia dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.

Jangan sesekali cuba membandingkan si dia dengan orang lain terutamanya dengan  bekas kekasihmu. Mungkin dia tidaklah sehebat yang ‘lama’, namun perbandingan ini akan membuatkan dirinya merasa rendah diri dan tercabar. Jadi, terimalah si dia seadanya kerana dia mungkin mempunyai kelebihannya tersendiri.


2. JANGAN sesekali berbohong ataupun menyimpan rahsia

Sifat jujur amat dititikberatkan dalam sesuatu perhubungan. Oleh itu, jangan sesekali cuba berbohong atau berahsia dengan pasangan anda dalam apa hal sekalipun. Jika sekali anda berbohong, kepercayaan antara satu sama lain akan pudar. Sikap curiga pula akan menghantui diri dan memburukkan perhubungan anda. Maka, amalkan sikap terbuka dan berterus-terang sesama anda. Ingat, “Honest hearts produce honest actions.”


3. JANGAN lupa hari penting dalam hidupnya.

Jangan jadikan sikap pelupa dan tidak endahmu dalam mengingati hari-hari istimewa si dia memudarkan rencah perhubunganmu. Rasanya tidak sukar untuk anda mengingati setiap tarikh-tarikh penting itu. Hanya bulatkan di kalendar atau membuar ‘reminder’ di handphone anda, kan? Mungkin ramai lelaki yang tidak ambil kisah, namun sekadar sekeping kad ucapan atau kiriman bunga pasti menguntum senyum di bibirnya.

4. JANGAN memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran.
 Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman ini dengan tenang dari hati ke hati. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini agar perhubungan tidak tergugat.

5. JANGAN cuba untuk mengongkong atau menyimpan perasaan cemburu .
Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Siapa kata ‘cemburu’ tidak perlu, tetapi biarlah berpada! Usahlah terlampau cemburu sehingga mengongkong dirinya yang akan membuatkan si dia sakit hati dan bosan.

6. JANGAN berpura-pura tidak mempercayainya ataupun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu
Usahlah keterlaluan dalam menguji cintanya terhadap dirimu. Tak salah jika anda ingin menguji kesetiaannya atau kedalaman cintanya terhadapmu, namun sikap ini mungkin memakan diri. Si dia mungkin sukar menerima jika kamu langsung tidak mempercayainya.

7. JANGAN menunjukkan perasaan bosan dengan apa yang dilakukan
Cuba tunjukkan sedikit kamu terhadap apa yang dilakukan oleh pasangan anda walaupun ada bosan. Ini merupakan tanda sokongan anda terhadap minat atau hobinya. Contohnya, si dia suka merupakan seorang ‘kaki bola’. Apa kata , anda cuba meluangkan masa menemaninya menonton perlawanan bola sepak di TV atau di stadium. Pasti si dia amat menghargainya dan sesambil itu boleh ‘menayang’ anda pada teman-temannya, kan?

8. JANGAN lakukan perkara yang sama setiap kali keluar ‘berdating’
Cuba lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama. Jika asyik keluar makan dan menonton wayang sahaja, lambat-laun akan terbit perasaan jemu pula. Try to search for new and unusual things to do. Contohnya,  bermain bowling, menaiki ‘roller-coaster’ ataupun berkelah. Anda juga boleh membuat aktiviti berkumpulan yang mana mungkin akan lebih menyeronokkan, bukan?

9. JANGAN melontarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.
“The tongue is more to be feared than the sword”.  Wah, anda perlu berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang anda lafazkan. Cuba kawal diri anda sesama bertengkar dengannya. Jangan menghina dirinya dengan ayat yang boleh menyinggung hati dan perasaannya. Bak kata pepatah lama, “terlajak  perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!”

10. JANGAN menjatuhkan air mukanya.
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya. Mungkin anda tidak sengaja atau sekadar mahu bergurau, tetapi pastikan gurauan anda kena pada tempatnya. . Kadang-kala, kita akan merasa lebih terluka jika dimalukan oleh orang yang tersayang.

22 May 2011

Bertemu ♥ Cinta


Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata

Chorus
Bertemu cinta kita akhirnya
Setelah tangis tanpa suara
Bertemu cinta bagai cahaya
Menyuluh hati menjadi kasih sejati
Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan

Ulang Chorus

Lantaran kasihmu dan kasihku
Tiada rahsia pemisah kata

Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya

17 April 2011

I Miss You

Assalammualaikum....

Lamanya CiNta tak jengok rumah sampai dah bersawang2. Kesibukan kebelakangan ini menyebabkan ruang masa senggang agak terbatas. Walau apa pun CiNta ucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan sahabat2 CiNta sudi berkunjung dan meninggalkan jejak.


I Miss You | by Eleanor
 
I know it hurt you
It hurt me too,
But now that you are gone,
All I know is I miss you.

You were there for so long,
I never thought you would leave.
I thought you had so many years,
waiting up your sleeve.

That day you left,
Was the saddest of my life
I remember going home,
And crying all night.

I might be selfish,
But I wish you were still here.
Or if you stayed,
For at least one more year.

I know you loved me,
I still love you too,
So Im trying to be good,
Just for you.

I know Im not perfect,
I never will be.
But I hope your up there,
Proud of me.

You had to let go,
Even though you were holding on for so long
But theres not a day I dont think of you,
And how you were so strong.

You never complained,
Or said why me?
You just knew,
That thats the way it was meant to be.

So I just want to tell you,
Even though I still cry,
That I miss you so much,
And Im glad you said goodbye.

14 February 2011

Terima Kasih Nuffnang

Dah beberapa hari tak jengok blog. Banyak pulak kerja semenjak dua menjak ni. Hari ni Cinta tak nak bercerita pasal cinta, hari ni Cinta nak buat catatan khas untuk Nuffnang. Sebenarnya Cinta baru je berjinak2 dengan Nuffnang ni. Dah daftar lama sebenarnya tapi tak sebab Cinta ni bukannya aktif berblog jadinya lepas daftar terus tinggal mcm tu je. Cuma kebelakangan ni je baru berjinak2 dengan blog dan masukkan iklan Nuffnang dekat blog Cinta ni. Pendapatan pun baru beberapa sen je pun.

Oh ya, semalam buka2 je email nampak ada email dari Nuffnang. Buka je email rasa nak melompat2 je depan lappy ni. Sebab Cinta ni ala2 gadis melayu terakhir gitu so terpaksa le kontrol2 ayu. Cumanya tersenyum sumbing je sorang2. Sebenarnya Cinta dapat compliment pass je pun dari Nuffnang.  So dapat ler tiket wayang free 4 keping sempena bulan kelahiran Cinta. Baru dapat tiket free dah rasa mcm kaki tak jejak tanah. Tak tahu le mcm mana rupanya kalau dapat cek dari Nuffnang mahu pengsang dibuatnya. Terima kasih Nuffnang dan terima kasih TGV Cinema. Lepas cuti Maulidur Rasul le Cinta pergi pejabat Nuffnang ambil tiket tu... hehehe nanti boleh le tengok wayang free dengan buah hati Cinta.

06 February 2011

Gegar 1,000 Blog Oleh Ben Ashaari


Dari mana datangnya cinta.... dari keyboard turun ke hati. Hehehe Cinta ni baru berjinak2 dengan dunia blog ni. Lepas tu saja gatal2 nak joint Gegar Blog oleh Brother Ben Ashaari ni. Harap dengan joint ni nanti dapat membawa perubahan besar untuk perjalanan blog Cinta ni.

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Kalau ada sahabat2 Cinta yang nak joint sama.. klik je kat sini

Cintai Aku Sepenuh Hati

Di dalam hatimu
T’lah aku temukan
Arti kebahagian

Bersama dirimu
Aku merasa berarti

Sanggupkah dirimu
Untuk bertahan
Hingga waktu tak berjalan
Mencintaiku
Walau bintangku tak terang

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini

Betapa hidupku takkan pernah sama
Bila kau tinggalkan ku
Tetaplah di sini saling memiliki
Selama-lamanya


Tiada arti semua bila kau pergi

Genggamlah tanganku dan peluklah diriku
Saatku jatuh nanti menangis sepi

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi

Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada arti semua bila kau pergi

08 January 2011

Terima Kasih CINTA

Terima Kasih Cinta - Afgan

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

ouuwwww...
ouuwwww...

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu



Tatkala cinta hadir di hati kita, pernahkah kita mengucapkan rasa terima kasih atas rasa cinta yang hadir? Pernahkah kita menitipkan rasa terima kasih pada mereka yang mencurahkan rasa cinta dalam hidup kita? Andainya tidak, marilah kita sama-sama menuturkan rasa cinta itu agar ianya rasa begitu dihargai... supaya nanti andainya ia hilang sekurang-kurangnya ia tahu bahawa rasa cinta itu memberi makna yang begitu mendalam dihati kita.

Ucapkanlah dan hargailah cinta yang ada di dalam hidup kita. Terima kasih CINTA kerana membuatkan hidup saya begitu bermakna.